Terma & Syarat
Terma & Syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kami ini perlulah dibaca, difahami dan diikut. Kami menyediakan terma dan syarat adalah bertujuan supaya semua urusan antara pelanggan dan kami mudah dan tiada berlaku tanda tanya ataupun salah faham sepanjang berurusan dengan kami.
1. UMUM
- Diskaun 10% akan dikenakan kepada pasangan perempuan yang berhijab.
- Kepada pelanggan Muslimah yang berhijab, sesi pengambaran ketika sesi persiapan/persolekan akan dilakukan atas budi bicara pelanggan dengan pihak kami. Walaubagaimanapun, jika pihak pengantin muslimah setuju untuk membenarkan sesi pengambaran ketika sesi persiapan/persolekan,
- Pelanggan bertanggungjawab untuk memberikan informasi yang secukupnya untuk sesuatu majlis seperti waktu, tarikh, alamat lengkap lokasi, peta lokasi, koodinat lokasi, nombor telefon atau sebagainya untuk memudahkan urusan pihak kami.
- Pelanggan juga bertanggungjawab memastikan lokasi majlis dan subjek adalah sesuai dan berada dalam keadaan yang memuaskan untuk sesi fotografi.
2. HARGA & KANDUNGAN PAKEJ
- Harga dan kandungan akhir sesuatu pakej adalah berdasarkan perbincangan antara pelanggan dan pihak kami. Harga tidak boleh diubah setelah persetujuan dicapai antara pihak pelanggan dan pihak kami.
- Pakej yang tersedia adalah tetap dengan harga yang telah disediakan. Harga pakej tersedia adalah tetap(fixed price) mengikut kiraan berdasarkan semua kos yang telah ditetapkan.
- Tawaran pakej yang tersedia adalah hanya untuk satu (1) pasangan pengantin sahaja, caj Penambahan Pasangan Pengantin akan dikenakan jika ada penambahan pasangan pengantin dalam satu majlis.
- Harga-harga pakej yang tersedia adalah tidak termasuk caj Pengangkutan dan caj Penginapan (sekiranya ada).
- Pelanggan boleh menambah produk dan akan dikenakan caj Penambahan Produk mengikut produk yang ditambah.
3. TEMPAHAN
- Tempahan harus dilakukan seawal 3 bulan atau lebih awal daripada itu. Ini bagi memudahkan pihak kami untuk menguruskan masa serta 'lock' tarikh majlis pelanggan.
- Kami juga menerima tempahan saat akhir(last minute) sama ada sebulan sebelum majlis, 2 minggu atau pun seminggu sebelum majlis berlangsung, walaupun kami terima tempahan saat akhir, ianya berpandukan kepada kos serta masa kelapangan Jurugambar Rasmi pada tarikh itu.
- Tempahan boleh dilakukan melalui cara hubungi kami, Whatsapp kami ataupun E-Mel kepada kami.
- Tempahan sah hanya setelah pihak kami menerima bayaran Deposit minimum RM200 atau 30% daripada harga pakej yang dipersetujui oleh pihak kami dan pelanggan.
- Penukaran tarikh majlis yang sudah ditempah hanya boleh ditukar sekiranya kami terdapat kekosongan slot (tarikh yang dinyatakan). Bayaran deposit akan dipulangkan separuh (50-50) jika tiada kekosangan slot pada tarikh yang ingin ditukar.
4. PEMBAYARAN
- Prosuder bayaran adalah secara tunai atau menerusi perbankan online (ATM atau CDM). Nombor akaun akan diberi setelah anda bersetuju menempah pakej kami. Tiga kali pembayaran perlu di lakukan untuk setiap pakej iaitu:
a. Deposit penempahan untuk sahkan tarikh (lock date) (30%)
b. Pembayaran kedua 7 hari sebelum majlis berlangsung (30%)
c. Pembayaran terakhir semasa serahan album.(40%)
- Jumlah deposit yang perlu dibayar bergantung kepada harga pakej dan minimum deposit adalah sebanyak RM200.
- Sila hantar/email bukti pembayaran ke creativespectrumstudio@gmai.com
- Sila hantar/email bukti pembayaran ke creativespectrumstudio@gmai.com
- Setelah deposit diterima, kami akan menghantar resit rasmi melalui E-mel atau pemberian secara langsung kepada pelanggan yang mengandungi keterangan pakej ditempah, deposit dan cara/jumlah pembayaran seterusnya. Pelanggan digalakkan menyemak kandungan resit tersebut untuk mengesahkan tempahan pakej bagi mengelakkan kesilapan pada pakej yang ditempah.
- Jika pembayaran deposit telah di buat, dan pelanggan membatalkan tempahan dua bulan sebelum majlis, hanya separuh deposit sahaja akan dikembalikan kepada pelanggan. Jika pelanggan membatalkan tempahan kurang dari dua bulan sebelum majlis, TIADA pemulangan deposit dilakukan.
- Proses penghasilan produk akan bermula selepas pelanggan berjaya membayar Deposit+Pembayaran kedua=60%. Jika pelanggan gagal berbuat demikian akan menyebabkan kelewatan proses suntingan. Pihak kami juga berhak untuk tidak menyerahkan, menyiarkan sebarang produk dalam bentuk softcopy jika pelanggan gagal menjelaskan bayaran terakhir (40%)
5. JURUGAMBAR BERTUGAS
- Di Creative Spectrum Studio, terdiri daripada seorang Jurugambar Utama, beberapa orang jurugambar senior & junior serta beberapa orang petugas(crew).
- Jurugambar Utama daripada pihak kami akan membuat liputan penuh semasa hari majlis.
- Jika Jurugambar Utama kami tiada kekosongan slot ketika tarikh majlis pelanggan, pihak kami akan menghantar Jurugambar Senior untuk mengantikan tempat Jurugambar Utama.
- Jurugambar yang bertugas hanya akan menjalankan tugas mengikut jangkamasa yang telah dipersetujui.
6. PERKHIDMATAN FOTOGRAFI
- Perkhidmatan fotografi yang kami lakukan adalah berdasarkan kepada pakej yang telah dipersetujui oleh pihak kami dan pihak pelanggan.
- Tempoh masa perkhidmatan berdasarkan kepada pakej serta waktu yang telah dipersetujui.
- Caj Penambahan atau caj lain akan dikenakan kepada pelanggan jika terdapat pertukaran atau penambahan perkhidmatan yang di minta diluar daripada pakej asal yang telah dipersetujui sebelum ini.
7. REKABENTUK ALBUM, SUSUNAN, SUNTINGAN & KREATIVITI
- Kerja-kerja penyuntingan akan dimulakan setelah 60% daripada jumlah harga telah dijelaskan secara TUNAI.
- Reka bentuk album serta susunan 100% dilakukan oleh pihak kami.
- Suntingan asas bagi memenuhi spesifikasi gambar perkahwinan akan dilakukan seperti pengubahsuaian warna, pemotongan, pengubahsuaian saiz imej serta penggubahsuaian tona warna gambar atau kesan khas (vintage, hitam putih, dramatik, dll).
- Pihak kami tidak akan sesekali membuat suntingan berlebihan kepada imej seperti manipulasi, mengubah imej asal kepada imej yang jauh berbeza, mengubah fizikal anggota atau wajah subjek di dalam imej serta mengubah rupa paras, rupa kulit dan juga solekan KECUALI diminta oleh pelanggan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
- Proses suntingan dan rekabentuk album adalah sepenuhnya mengunakan kepakaran serta kreativiti pihak kami untuk menghasilkan produk yang berkualiti serta mempunyai identiti sendiri.
- Pemilihan gambar, rekabentuk serta susun atur gambar adalah mengikut kesesuaian untuk menghasilkan produk yang telah ditetapkan oleh pihak kami.
- Kami tidak akan berbincang dengan pelanggan berkaitan susunan serta rekabentuk produk atas dasar untuk mengekalkan identiti produk yang terhasil daripada kami.
- Walaubagaimanapun, dengan perbincangan, pihak pelanggan boleh meminta gambar yang perlu dan tidak perlu dimasukan dalam produk atas sebab-sebab tertentu sahaja yang kami rasa boleh di ambil kira.
8. TEMPOH JANGKAMASA PRODUK SIAP & PENGHANTARAN
- Pada kebiasaannya, tempoh normal untuk menyiapkan produk adalah antara 8 hingga 10 minggu selepas 60% bayaran dijelaskan. Namun pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk menyiapkan produk pelanggan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.
- Kami akan memaklumkan kepada pelanggan jika ada kelewatan untuk menyiapkan produk.
- Kami berhak untuk tidak menyiapkan, tidak membuat, melewatkan proses suntingan atau tidak menyerahkan produk yang telah siap sepenuhnya jika pelanggan gagal membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan.
- Kami juga menyediakan khidmat penghantara produk melalui courier. Namun begitu, caj Penghantaran perlu dijelaskan dan ditanggung oleh pelanggan terlebih dahulu.
- Bagi penghantaran melalui courier, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah terhadap produk.
- Kami juga boleh membuat penyerahan secara langsung atau bersemuka(hand by hand, face to face) di tempat dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak kami.
- Sekiranya produk telah siap sepenuhnya, tetapi pelanggan tidak mengambil produk tersebut dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh dimaklumkan, pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan produk tersebut.
- Wang tidak akan dikembalikan dari pihak kami jika pelanggan mengadu ada kerosakan atau kehilangan produk disebabkan pelanggan tidak mengambil produk dalam tempoh masa yang telah ditetapkan selepas produk siap sepenuhnya.
- Walaubagaimanapun, proses suntingan atau pencetakan semula boleh dilakukan atas budi bicara kedua belah pihak beserta caj mengikut Caj Penambahan Produk.
9. JAMINAN & KEPERCAYAAN BERSAMA
- Kami memberi tempoh jaminan bagi setiap produk-produk seperti DVD, pendrive, album, frame serta gambar selama sebulan bermula dari tempoh penyerahan produk kepada pelangan.
- Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kerosakan yang disebabkan oleh pelanggan ataupun kerosakan bagi produk yang dihantar melalui courier.
- Kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan bagi produk yang tidak diambil dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh dimaklumkan.
- Pihak kami tidak bertanggungjawab jika terdapat kekurangan pada gambar yang disebabkan keadaan lokasi majlis kurang memuaskan, pencahayaan kurang baik, solekan yang tidak menarik dan lain-lain kekurangan yang menyebabkan kesan negatif pada fotografi. Namun begitu, jurugambar kami akan berusaha sebaik mungkin untuk merakam dan menghasilkan imej-imej terbaik dalam pelbagai keadaan.
- Sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini atau diluar jangkaan seperti kemalangan, kematian, kerosakan kenderaan, bencana alam, faktor cuaca, kecurian dan sebagainya sama ada sebelum, semasa dan selepas majlis serta semasa proses penyuntingan berjalan seperti yang dijanjikan, pihak pelanggan dan pihak kami haruslah berunding secara matang, jujur serta menggunakan segala cara untuk mencapai persetujuan bersama mengenai apa-apa tindakan yang perlu dan akan dilakukan untuk kepuasan hati bersama.
10. PENYIARAN IMEJ & HAKCIPTA
- Kesemua gambar adalah menjadi hak milik pihak kami sepenuhnya.
- Pihak kami berhak menggunakan gambar pelanggan untuk tujuan pengiklanan, perniagaan atau apa-apa tujuan promosi berkaitan fotografi pihak kami sama ada melalui laman sesawang, laman sosial, blog atau percetakan tanpa perlu mendapat persetujuan pelanggan terlebih dahulu.
- Gambar pelanggan tidak sesekali akan digunakan untuk produk-produk lain selain daripada produk Creative Spectrum Studio.
Sekian terima kasih.
0 comments:
Post a Comment